Mandian Herba

RM10.00

Mandian Herba sangat bagus untuk ibu berpantang kerana ia membantu memulihkan tenaga.

Out of stock

SKU: mandian-herba Categories: , Tags: , ,

Description

Masyarakat Melayu terutamanya wanita selepas bersalin tidak digalakkan untuk mandi secara kerap dan mandi air sejuk di awal-awal berpantang. Ia kerana dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya. Kebiasaannya untuk 7 hari pertama digalakkan untuk mandi dengan mandian herba terutama diwaktu pagi.

Tujuan mandi mandian herba :
✅Menyegarkan badan
✅Melancarkan peredaran darah dan juga susu ibu
✅Mengatasi bau badan
✅Meringankan ketegangan otot

Campuran kayu herba untuk :
✅membuang angin dalam badan
✅mengecutkan urat2 ibu dan mambantu
✅menghilangkan sengal2 badan.

Bahan-bahan :
👍🏻Rempah kayu herba
👍🏻Daun buang angin
👍🏻Halba

Cara penggunaan :

👉 Rebus sebunjut tanpa buka ikatan (jika nak buka pun boleh tapi daun herba akan berselerak)
👉 Masuk 1 liter air utk sebunjut, bila telah mendidih, tutup api dapur
👉 Untuk menghilangkan pening2 kepala, ibu perlulah menghidu wap air rebusan tersebut terlebih dahulu sebelum dicampur air biasa
👉 Campurkan air rebusan dengan air biasa untuk dibuat mandi
👉 Ambil segayung dan simpan untuk dibuat bilasan terakhir
👉 Tidak perlu dibilas dengan air biasa, biar ia kering di badan
👉 Boleh berkali2 sehingga warna hilang, anggaran 1 bunjut utk sehari, boleh juga guna 2 bujut utk 3 hari (2 kali mandi sehari)

1 pek mengandungi 3 bunjut mandian herba.
Sesuai untuk seminggu.

Additional information

Weight 0.2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mandian Herba”